Posted by : Unknown Tuesday 29 April 2014


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Benci, benci, benci !
Benci atau kebencian adalah merupakan sebuah emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidaksukaan, enmiti, atau antipati untuk seseorang, sebuah hal, barang, atau fenomena. Hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk menghindari, menghancur atau menghilangkannya.
Kadangkala kebencian diadaptasi sebagai lawan kepada cinta atau kasih sayang, tetapi ramai orang yang menganggap bahawa lawan kepada cinta adalah pengabaian.

Pencerahan

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Janganlah kamu benci-membenci, dengki-mendengki dan bermasam-masam muka. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara.Tidak boleh sama sekali bagi seorang Islam meninggalkan saudaranya (kerana marah) lebih daripada tiga hari."
(HR, Bukhari dan Muslim)

Benci-membenci adalah salah satu sifat tercela yang perlu dijauhi oleh orang Islam. Dengan membenci antara satu sama lain boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan di dalam masyarakat. Islam melarang hidup seperti itu, sebaliknya Islam menuntut supaya kita hidup berbaik-baik dan berkasih sayang satu sama lain.
Bolehkah kita membenci seseorang atau sekumpulan orang hanya kerana dia atau mereka berlainan wadah politik mereka? Berlainan fikrah dan firqah dengan kita? Bolehkah kita membenci seseorang kerana kejahilannya? Atau kerana kezalimannya? Bukankah Islam tersebar dengan kasih sayang (Rahmat) dan bukan dengan kebenciaan. Bolehkan dakwah berjalan sekiranya dai'e membenci mad'unya?, Rasul membenci umatnya?

Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu kebencian boleh mengundang kesengsaraan? Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu ianya akan menghuru-harakan keadaan? Tiada masalah yang boleh diselesaikan dengan kebencian yang melulu.

Sebagai contoh, jika ada segolongan manusia yang sesat dari ajaran Islam yang sebenar.
Biasanya kita akan marah-marah golongan tersebut dan menyimpan perasaan benci kepada mereka. Sehingga kita lupa apa yang sepatutnya kita benci. Benci kepada perbuatannya, bukan kepada orangnya. Maksudnya, kita lah yang perlu membimbingnya, bukan terus membenci,memulaukannya dan berlebih-lebihan (Ghuluw) dalam beragama. Kita lah yang sepatutnya memberi panduan, memberi hujah-hujah kepadanya sehingga dia kembali ke pangkal jalan.

Cuba persoalkan pada diri kita. Apakah nikmatnya kebencian ? Apa manfaatnya kebencian untuk kita ? Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan? Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memuaskan nafsu. Adakalanya kita yang merasa ikut membenci seseorang itu kerana sahabat kita membenci orang itu. Padahal kebencian sahabat kita itu tiada kaitan dengan kita. Tiada manfaatnya pun untuk kita.
Jika kita merasakan perkara ini adalah sia-sia, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu benar. Allah berfirman dalam Al-Quran ;

ِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

”…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(QS. An-Nur :22)

Kesimpulan:

Umat Islam adalah bersaudara. Oleh itu mestilah ada sifat ingin hidup berbaik-baik dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sebarang perselisihan dan persengketaan mestilah diselesaikan dengan baik kerana sebarang permusuhan tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak pun. Bahkan  bertambahlah benvci-membenci antara satu sama lain.       

......semoga menberi manfaat bersama ....
Wallahu a'lam -

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Koleksi Message Whatsapp - Powered by Blogger -