Powered by Blogger.

Archive for May 2014

Ringkasan Undang Undang Jenayah Islam(Hudud)

Undang undang jenayah dalam Islam ada 4 jenis :

  1. Qisas
  2. Hudud 
  3. Diyat
  4. Ta'zir

Qisas melibatkan 3 kes, iaitu :


  1. Bunuh dengan sengaja
  2. Melukakan dengan sengaja
  3. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja

Hudud pula melibatkan 7 kes :


  1. Murtad
  2. Merompak
  3. Minum arak
  4. Berzina
  5. Mencuri
  6. Tuduh zina (qazaf)
  7. al-Bughoh (pemberontak / Penderhakaan)

Diyat (pampasan) pula melibatkan 2 kes :


  1. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja
  2. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja.
  3. Pembunuhan sengaja - sebagai hukuman alternatif sekiranya pesalah mendapat pengampunan waris mangsa dan waris mangsa menuntut bayaran ganti rugi iaitu diyat 100 ekor unta sebagai contoh untuk ganti terhadap pengampunan yang diberikan

Ta'zir


Ta'zir pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya.
Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.
Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

WA.

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Kisah sebiji Burger

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun untuk menelefon rumah bagi meminta pertolongan.
Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger Ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas
untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata...“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa.

Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil mengelapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger kepada Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir...

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah.. “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari.

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis sambil menyembamkan muka di tangan maknya.

Wahai anakku,

Di dalam kehidupan ini, engkau lebih mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan sahabat-sahabat sekeliling kamu, tapi untuk ahli keluarga terdekat kamu, kamu sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.
Kasih sayang dan keprihatinan keluarga terdekat kepada kamu adalah perkara paling berharga kurniaan Allah untuk kamu sejak dilahirkan, terutamanya kasih sayang daripada kedua-dua orang tuamu. Orang tuamu tidak pernah mengharap kamu membayar kembali kos membesarkan kamu...tapi pernahkah kamu mengerti untuk menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat kedua-dua orang tuamu?

Renung renungkan dan selamat beramal.




By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?

Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya durhaka pada suami.

Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri.?"

Jawapan:
BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami durhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai durhaka padaAllah SWT.

  • Karena isteri, rezekimu bertambah.
  • Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
  • Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
  • Kerana isteri, tenang hati mu.
  • Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
  • Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah stiap pngorbanan mereka, walaupun kecil dimata mu, baginya besar bagi dirinya.

Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, stiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

Renungan sepintas lalu...

Mengapa WANITA sering menangis?

Jawapan :

Kerana WANITA itu unik. Wanita diciptakan sebagai makhluk istimewa.

bahunya dikuatkan untuk menjaga anak2nya,
hatinya dilembutkan untuk memberi rasa aman,
Rahimnya dikuatkan untuk menyimpan benih manusia,
Peribadinya diteguhkan untuk terus berjuang saat yg lain menyerah,
Mempunyai naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.

WANITA makhluk kuat.WANITA sangatlah istimewa...


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Doa Bulan Rejab


اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ

(Allahumma baariklana fii rajabin wa sya’baana wa ballighnaa ramadhaan)

Maksudnya:
“Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan”.
(HR Baihaqi)

Khasiat dan kaifiatnya apabila membaca doa ini, sebagaimana diriwayat dari Anas r.a.:

“Adalah Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam apabila masuk bulan Rejab, baginda mengucapkan doa tersebut”.
(Ruj. Al-Azkar an-Nawawiyyah).

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

- Copyright © Koleksi Message Whatsapp - Powered by Blogger -