Posted by : Mohd Zulkamal Zulkifli Thursday, 26 June 2014

Kuburnya bercahaya Walaupun tidak tahu
membaca Al-Quran - Detik Islam
"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan mampu menitis air mata.
Seorang lelaki melewati sebuah kawasan
perkuburan di suatu malam yang kelam dan
sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang
terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia
terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur
seseorang yang sangat istimewa. Samada ia
seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh
yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas
kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi ke kawasan
perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.
Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui
kubur siapakah yang sangat ajaib itu.
Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.
Bila bertanya kepada orang kampung, mereka
kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat
diperkuburan suaminya.
Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan.
Dia sangat mengenali suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil.
Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat,bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan
muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya
tidak pandai membaca Quran dan dia tidak
pernah mendengar suaminya membaca Quran.
Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan
kepada lelaki tersebut dan isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhuk, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya Al
Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya
dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Ia akan duduk dan membelek Al Qur'an itu
sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta Dia akan meraba-raba ayat-ayat Al Qur'an itu dengan
tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan
membelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah
isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Janganlah
engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak
dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu.
Aku sangat mencintaimu. “
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau
mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku
dihadapanTuhan diakhirat nanti”.
Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani Al Quran
buah hati kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.
Lelaki itu meminta untuk melihat Al Qur'an
kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat
mengharukan apabila ia melihat naskah yang
mulia itu kelihatan lusuh, helaianhelaiannya
kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada
bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda
seseorang sering menangis berjurai airmatanya
tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.
Hatinya telah bersatu dengan ruh Al Qur'an Dia sangat mengasihi kalimat Tuhan dengan
sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Tuhan
dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita
menghidupkan Al Qur'an di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita,sepanjang
masa. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan
semula untuk bacaan semua."
Subhanallah..... Subhanallah

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Koleksi Message Whatsapp - Powered by Blogger -