Powered by Blogger.

Archive for April 2014

TAZKIRAH HARI INI (Isnin 28 Jdl. Akhir 1435H)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Benci, benci, benci !
Benci atau kebencian adalah merupakan sebuah emosi yang sangat kuat dan melambangkan ketidaksukaan, enmiti, atau antipati untuk seseorang, sebuah hal, barang, atau fenomena. Hal ini juga merupakan sebuah keinginan untuk menghindari, menghancur atau menghilangkannya.
Kadangkala kebencian diadaptasi sebagai lawan kepada cinta atau kasih sayang, tetapi ramai orang yang menganggap bahawa lawan kepada cinta adalah pengabaian.

Pencerahan

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Janganlah kamu benci-membenci, dengki-mendengki dan bermasam-masam muka. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara.Tidak boleh sama sekali bagi seorang Islam meninggalkan saudaranya (kerana marah) lebih daripada tiga hari."
(HR, Bukhari dan Muslim)

Benci-membenci adalah salah satu sifat tercela yang perlu dijauhi oleh orang Islam. Dengan membenci antara satu sama lain boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan di dalam masyarakat. Islam melarang hidup seperti itu, sebaliknya Islam menuntut supaya kita hidup berbaik-baik dan berkasih sayang satu sama lain.
Bolehkah kita membenci seseorang atau sekumpulan orang hanya kerana dia atau mereka berlainan wadah politik mereka? Berlainan fikrah dan firqah dengan kita? Bolehkah kita membenci seseorang kerana kejahilannya? Atau kerana kezalimannya? Bukankah Islam tersebar dengan kasih sayang (Rahmat) dan bukan dengan kebenciaan. Bolehkan dakwah berjalan sekiranya dai'e membenci mad'unya?, Rasul membenci umatnya?

Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu kebencian boleh mengundang kesengsaraan? Mengapa perlu membenci, sedangkan kita tahu ianya akan menghuru-harakan keadaan? Tiada masalah yang boleh diselesaikan dengan kebencian yang melulu.

Sebagai contoh, jika ada segolongan manusia yang sesat dari ajaran Islam yang sebenar.
Biasanya kita akan marah-marah golongan tersebut dan menyimpan perasaan benci kepada mereka. Sehingga kita lupa apa yang sepatutnya kita benci. Benci kepada perbuatannya, bukan kepada orangnya. Maksudnya, kita lah yang perlu membimbingnya, bukan terus membenci,memulaukannya dan berlebih-lebihan (Ghuluw) dalam beragama. Kita lah yang sepatutnya memberi panduan, memberi hujah-hujah kepadanya sehingga dia kembali ke pangkal jalan.

Cuba persoalkan pada diri kita. Apakah nikmatnya kebencian ? Apa manfaatnya kebencian untuk kita ? Apa untungnya rasa benci yang kita tanamkan? Sebenarnya tiada manfaat kebencian selain memuaskan nafsu. Adakalanya kita yang merasa ikut membenci seseorang itu kerana sahabat kita membenci orang itu. Padahal kebencian sahabat kita itu tiada kaitan dengan kita. Tiada manfaatnya pun untuk kita.
Jika kita merasakan perkara ini adalah sia-sia, cukuplah kita menyakiti diri kita dengan membenci orang lain. Belum tentu rasa benci kita terhadap seseorang itu benar. Allah berfirman dalam Al-Quran ;

ِ وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

”…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(QS. An-Nur :22)

Kesimpulan:

Umat Islam adalah bersaudara. Oleh itu mestilah ada sifat ingin hidup berbaik-baik dan tolong-menolong antara satu sama lain. Sebarang perselisihan dan persengketaan mestilah diselesaikan dengan baik kerana sebarang permusuhan tidak memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak pun. Bahkan  bertambahlah benvci-membenci antara satu sama lain.       

......semoga menberi manfaat bersama ....
Wallahu a'lam -

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : , ,

Doa

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,
Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}
{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Sejarah ringkas Saidina Umar


  • Beliau adalah sahabat Rasulullah yg terkenal dan sgt hebat.
  • Imam Hanafi berkata "Golongan manusia yang paling mulia di sisi Allah selepas para Nabi dan Rasul adalah Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali kemudian seluruh para sahabat Nabi SAW".
  • Saidina Umar adalah seorg yg tegas dan bengis. Walaupun begitu, beliau seorg yg bijak. Beliau adalah di antara segelintir org Arab yang boleh membaca dan menulis.
  • Beliau seorg yg terlalu fanatik dengan fahaman jahiliah. Beliau juga di antara org yg kuat menentang Rasulullah SAW. Ada beberapa kisah yang membuatkan hati beliau jadi lembut dan memeluk agama Islam.
  • Beliau muda 13 tahun dari Rasulullah SAW.
  • Beliau lah yang mula2 menggerak kan dakwah secara terang terangan.
  • Beliau adalah khalifah pertama yang digelar Amirul Mukminin (pemimpin bg org2 beriman) selepas kewafatan Rasulullah SAW.
  • Beliau berjaya menunduk kan kerajaan Rom & Parsi dan berjaya mengIslamkan seluruh tanah Arab.



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Hadis - Ustaz Fazlul Rahimi

21hb April 2014

Bila nak memulakan sesuatu hukum Islam, mesti dimulakan dgn firman Allah, diikuti dengan hadis. Hadis adalah utk menghuraikan/mentafsir firman Allah.

KAEDAH TAFSIRAN


  • Tafsir pertama - Mentafsir Al Quran dgn ayat Al Quran/Hadis.
  • Tafsir kedua - Mentafsir dgn pendapat2 ulama yg selayaknya dan tidak bercanggah dgn Al Quran dan Hadis.
  • Tafsir ketiga - Ditafsirkan oleh para ulama sufi dgn kaedah tafsiran mereka sndr.

Firman Allah Taala
"Mereka tidaklah diperintah kecuali supaya menyembah kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan agama dengan lurus, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus".
(Al Bayyinah, 98:5)

Allah Taala berfirman
"Tidaklah sampai kepada Allah daging atau darah korban tetapi yang sampai kepada Nya adalah taqwa dari kamu sekalian".
(Al Hajj, 22:37)

Allah Taala berfirman
" Katakanlah: Jika kamu sekalian merahsiakan atau menampakkan apa yang terkandung di dalam dadamu, niscaya Allah mengetahuinya".
(Ali Imran, 3:29)


  • Allah memerintahkan kpd kita utk menyembah Allah dgn ikhlas tanpa unsur2/tujuan2 lain.
  • Jika nak semua ibadat kita diterima oleh Allah ;
  • Mestilah ikhlas (semata mata krn Allah)
  • Laksanakan ibadat dgn cara yg diajarkan oleh Rasulullah SAW.

5 perkara utk mendapatkan sifat ikhlas ;


  • Mesti ada ilmu.Sabda Rasulullah SAW " Pelajarilah ilmu Islam kerana dengan ilmu, membuatkan kamu takut kpd Allah".
  • Bersahabat dgn org2 yg ikhlas,baik,beriman dan taat pd Allah. Krn org yg ikhlas tak akan membiarkan kita terus lalai. Rasulullah SAW mengajar kita utk berjemaah. Antara cara2 nya adalah dirumah2 Allah. (masjid,surau,majlis ilmu)
  • Banyak kan membaca sirah Rasulullah SAW, para sahabat, tabi'in, alim ulama. Pelajari sifat ikhlas dari kisah2 tersebut.
  • Bermujahadah.
  • Bersungguh melawan nafsu syahwat.Sabda Rasulullah SAW "Tidak sempurna iman kamu sehingga nafsu kamu tunduk dengan apa yg dibawa oleh aku (syariat Nabi)".
  • Berterusan memohon doa pada Allah.



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Muhasabah dan perbaiki diri.

①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
④. Mengucap InsyaAllah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
⑤. Mengucap La haulawalaa kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
⑥. Mengucap Inna lillahi wainnailaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
⑦. Mengucap La ilahailla Allah Muhammadar Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

″Semoga Allah swt melapangkan rezeki  dan kebahagiaan yang melimpah buat org yang mengamalkannya″

AKU DAH BNYK RUGI,MASA DAH BNYK HABIS

Dulu mataku terang
Tapi skrg dah kabur-kabur
Dulu kulitku tegang
Tapi skrg dah mula kendor
Dulu rambutku hitam
Tapi skrg uban dah bertabur
Dulu badanku sihat
Tapi skrg selalu uzur
Dulu gigiku banyak
Tapi skrg dah bnyk gugur
Dulu makan nasi minyak
Tapi skrg dah makan bubur
Ini semua alamat
Tak lama lg nak masuk kubur

AMALAN BEKALAN NAK BAWAK MASUK KUBUR ENTAH MACAMANA

Renung renungkan dan selamat beramal.

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Warkah buat suami dan isteri

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!
Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya: “Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian? Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah: “Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.” Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.
Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.
Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Jawapan kepada puasa rejab.

Soalan

- Rejab jatuh pada 30 April.Barang siapa puasa 1 hari maka seperti laksana puasa 1 tahun
- Barang siapa Puasa 7 hari maka ditutup pintu2 Neraka Jahanam
- Barang siapa Puasa 8 hari maka dibuka pintu 8 Syurga
- Barang siapa Puasa 10 hari akan dikabulkn segala permintaan nya.
- Barang siapa mengingatkn kpd org lain tentang ini,Seakan ibadah 80 tahun.''Subhanallah''

Jawapan

Secara umumnya... mana2 hadis yang menyebut tentang kelebihan khusus berpuasa pada mana2 hari dalam bulan rejab adalah hadis yang tidak sahih bahkan palsu dan tidak boleh dijadikan hujjah...
Imam ibn hajar al-'Asqalani menyebut dalam Tabyin Al-'Ajab : 11 -

"لم يرد في فضل شهر رجب، ولا في صيامه، ولا في صيام شيء منه معين، ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة".

"Tidak warid pada kelebihan bulan Rajab, juga pada puasa Rejab dan puasa pada hari2 tertentu pada bulan Rejab, begitu juga qiyamullail  yang khusus pada malam2 tertentu tiada padanya satu hadis pun yang sahih dan boleh dibuat hujah”
Kata Ibn hajar lagi :

"الأحاديث الصريحة الواردة في فضل رجب أو فضل صيامه أو صيام شيء منه تنقسم إلى قسمين: قسم ضعيف، وقسم موضوع"!!

"Hadis2 yang terdapat dalam bab kelebihan rejab atau kelebihan puasa padanya atau pada hari2 tertentu terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu dhoif dan palsu..
Ulama menghimpunkan terdapat 11 hadis yang dhoif manakala 21 hadis palsu dalam bab kelebihan rejab atau puasa padanya..
Malah ibn taimiyah dalam fatawanya juga menyebut bahawa hadis2 tentang kelebihan puasa rejab secara khusus pada hari2 tertentu adalah terdiri dari rangkaian hadis2 yang dhoif dan palsu..Malah katanya, hadis2 dhoif tersebut bukanlah hadis dhoif yang boleh diriwayatkan dalam fadhoil amal.. (lihat majmu' fatawa ibn Taimiyah : 25/290)..
Wa Allahu A'alam. .

Ar-Rajii Rahmata Rabbihil jawwad
Ustaz Mohd Rafizal Zulkifli Al-yamani. .

WA

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : , ,

Seorang anak yang kematian kedua ibu bapa di dalam kemalangan

Sampaikan...
Assalamualaikum wbt... peringatan buat diri ini..

Suatu malam, seorang anak yang telah kematian ibu dan ayahnya di dalam kemalangan jalanraya, telah bermimpi. Ayahnya seorang guru. Begitu juga ibunya.

Dalam mimpinya, datanglah ayahandanya dalam wajah yang tenang dan ceria. Bondanya tersenyum di sisi.

Anak: "Ayah, berseri-serinya wajah ayah. Rindunya pada ayah dan mama." (menangis)
Ayah: "La Tahzan anakku. Sesungguhnya ayah baik-baik saja di sini. Jangan risau. Teruskan hidupmu dengan tabah. Jadilah anak yang soleh, kerana solehmu itulah yang meringankan dan membantu kami di alam barzakh."
Anak: "Insya-Allah, ayah. Ayah, boleh saya tanya?"
Ayah: "Silakan."
Anak: "Bagaimana ayah nampak ceria sekali? Bukankah alam barzakh itu begitu seram dan menakutkan?"
Ayah: "Iya nak. Alam kubur sangat mengerikan. Namun, kerana ilmu yang bermanfaat yang ayah ajar di sekolah pada anak-anak murid, itulah yang membantu ayah di sini."
Anak: "Itu je?"
Ayah: "Juga kerana jasa mama mu."
Anak: "Wah..nak tahu.."
Ayah: "Ada dua jasa besar mama yang ayah tak pernah ceritakan pada anak-anak sebelum dan selama ni."
Anak: "Apa dia?"
Ayah: "Pertama, mama mu taat cakap ayah tidak pernah membantah atau meninggi suara. Setia, tidak suka bercakap dengan lelaki lain walaupun ayah tidak kongkong mama begitu. Kalau mama nak cakap, akan minta izin dengan ayah. Mama tidak suka bergaul rapat dengan jiran-jiran jika tiada urusan kerana jiran terlalu banyak mengumpat dan mama tak suka. Mama jaga harta ayah dan tidak guna sewenangnya kecuali untuk keluarga semata-mata. Tidak pernah mama minta sesuatu yang tak mampu ayah tunaikan. Cincin atau rantai emas berpuluh ribu tidak pernah dimintanya."

Anak: "Alhamdulillah. Kedua?"

Ayah: "Kedua, mama menjaga auratnya. Hatta ipar sendiri tidak pernah melihat aurat mama. Mama tidak berpurdah, namun mama pandai menjaga aurat. Mama bukan wanita yang sempurna segala sudut, namun melengkapi hidup ayah setiap sudut. Mama menutupi kekurangan ayah dengan kelebihannya, dan begitu juga ayah pada mama."

Anak: "Masya-Allah tabarakallah.. Nampak kecil dan remeh, namun besar dunia jasanya pada ayah..Allah..Allah.."

Ayah: "Jadi, pesanlah pada adik-adik perempuanmu. Sebagai abang yang sulung, bantulah mereka sekurang-kurangnya ikut jejak langkah mama. Jadikan Saidatina Khadijah atau Aisyah r.a. sebagai role model muslimah mereka, itu lebih baik. Banyakkan berselawat pada Nabi s.a.w. Banyakkan baca al-Quran. Semua ini menolong di dalam kubur kelak. Bacalah Surah al-Mulk sebelum tidur. Istighfar setiap masa."
Ayah dan ibunya kemudian datang memeluk erat si anak.
Seketika, si anak tersedar dari mimpi.

Linangan air mata hangat mengalir di pipi.
Rindu tetap bersemi. Walaupun jasad tiada lagi di sisi.
Nasihat ayah bonda kekal di hati.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Kisah budak Kecil - Dakwah tidak mengira keadaan

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk

“Jalan-jalan Syurga”

dan beberapa karya Islamik yang lain.Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata

“Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

”Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

”Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

”Terima kasih Ayah”

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada
jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya supaya tidak pergi dari situ, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

”Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

”Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Jika tidak disebabkan budak kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.

Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Allahu akbar



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Kita tak tahu, Allah lebih mengetahui

Bayangkan.


Kita ada anak kecil. Umur 3 tahun.Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.Nakkan pisau jadi mainan.

Agak-agak kita bagi?

Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.

Walaupun di mata anak.Pisau itu 'menyeronokkan' Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.

Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.

Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.

Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu
.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt.
SEBARKAN tulisan ini agar lebih ramai hati-hati yang membacanya..

Tazkirah..

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Mari baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..
Laa ilaaha illallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ..



WA

By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Kisah 50c yang menyentuh hati

Cikgu : Kenapa Adam x rehat ?      
Adam: mak sy beri 50sen sehari         
cikgu.. kat kantin 50sen ni dpt beli nugget je skeping,, malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget skeping jaa . Jd sy kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , jd sy dpt la mkn nugget ngan air sirap 50sen.. Sy kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Adam tertunduk malu)

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih & sebak. d zaman 2014 ini masih ada pelajar yg membawa 50sen ke skolah. ramai d antara kita memandang 50sen itu jumlah yg kecil sedangkn bg pelajar ini 50sen sgt besar ertinya ..        

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?         
Adam : Oh .. hari jumaat duit 50sen ni sy sdekah ms bacaan yasiin , cikgu." jwb Adam dgn bersahaja. "mak sy kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.."

Mata sy dh berkaca... sy tkejut & btambah sebak. dh la duit ada 50sen,, siap boleh sdekah pulak lg.. 

Ya Allah, limpah kan laa rezeki bg keluarga pelajarku ini.. luaskn rezeki mereka smoga mereka x lagi brada dlm kemiskinan.. Huh, mcm terpukul sungguh sy, bayangkn duit 50sen yg d beri utk makan, dia sdekahkn 50sen utk tabung skolah setiap Jumaat smasa bacaan yasiin..         



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Kisah tauladan - Pokok dan mancis

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.

Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar.

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.
Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.
Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.
Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.
Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.
Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.

Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Al Mafqud - Orang Yang Hilang

Dalam Kitab al-Haawi al-Kabir ( الحاوى الكبير ) dalam fiqh Mazhab Imam Asy-Syafi’e diterangkan bahawa orang yang hilang dalam waktu yang lama dan tidak diketahui apakah masih hidup atau sudah mati maka orang itu harus dihukumi hidup sehingga diketahui dengan pasti apakah mafqud tersebut sudah mati atau masih hidup, maka tidak boleh menghukumi kecuali dengan yakin. Dan sekiranya belum diketahui dengan yakin tentang kematiannya, maka wajib menunda dulu kepemilikan hartanya sampai batas waktu yang telah ditentukan.

PENCERAHAN :

Secara mudah, yang dimaksudkan dengan al-Mafqud ialah orang yang hilang, tanpa diketahui sama ada masih hidup atau mati. Hukum status perkahwinan al-Mafqud di dalam Mazhab Shafie, terdapat dua pendapat dalam isu ini:

  1. Tidak diputuskan hubungan suami isteri bagi kes orang hilang, sehinggalah dibuktikan secara sah akan status hidup atau mati orang yang hilang tersebut. Diriwayatkan yang Imam Al-Shafie berkata, sesungguhnya sesiapa yang hilang pasangannya, atau tidak hilang tetapi tidak pulang pada satu hari satu malam, atau pecah bahteranya di lautan, dalam keadaan tiada berita dan bukti mengenai status hidup atau matinya, maka si isteri tidak boleh berkahwin lain, sehinggalah diyakini akan kematiannya.Ini berdasarkan hadith yang diriwatkan oleh Saidina Ali, Nabi Muhammad SAW bersabda (امرأة المفقود ابتليت فلتصبر ولا تنكح حتى يأتيها موته ) bermaksud "Perempuan yang kehilangan suami, diuji, maka hendaklah dia bersabar dan janganlah bernikah lain sehinggalah nyata berita kematiannya" (HR: Al-Mahalli). Pendapat ini turut dikongsi oleh Mazhab Hanafi.
  2. Selain itu, terdapat juga pendapat yang menyatakan bagi wanita yang kehilangan suami, hendaklah dia menahan dirinya daripada bernikah selama 4 tahun daripada tarikh kehilangan suaminya. Selepas 4 tahun, barulah dia mengambil iddah kematian suami, dan selepas itu baru boleh bernik ah lain. Ini ialah pendapat lama Imam al-Shafie (Qaul qadim).
Ini berasaskan kepada hadith yang diriwayatkan mengenai Umar bin Al-Khattab r.a, di mana beliau membenarkan seorang isteri di zamannya untuk mengambil tempoh 4 tahun sebelum berkahwin lain. Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas juga dilaporkan mengambil sikap yang sama. (Raudah al-Talibin).

Berkaitan pewarisan harta al-Mafqud pula, dalam kitab Mughni Muhtaj disebutkan: Orang yang hilang atau orang yang tiada khabar beritanya dan meninggalkan harta maka hartanya ditunda (tidak dibahagi) sehingga sahih tentang kematiannya atau dalam waktu yang lama sehingga disahkankan kematiannya oleh hakim (pemerintah) kemudian barulah hartanya boleh diberikan kepada ahli warisnya

Muhammad Ali Ash-Shabuni pula menerangkan dalam kitab Al-Mawarits bahawa pendapat ulama Syafi’iyah: “Seseorang yang hilang dianggap sudah meninggal dunia apabila teman-teman sebayanya sudah meninggal dunia. Diukur dengan jangka waktu harus mengambil masa kira-kira 90 tahun. Menurut qaul sahih bahawa waktu itu tidak boleh dibahagi-bahagikan dulu akan hartanya kecuali telah diputuskan akan kematiannya oleh hakim.

Pendapat ini dikongsi oleh Imam Syafie dalam kitabnya al-Umm. Beliau menerangkan bahawa tidak ada warisan oleh pewaris (orang yang mewarisi) sebelum orang yang empunya harta telah jelas meninggal dunia.

KESIMPULAN :

Ingin ditegaskan di sini bahawa mengambil tempoh yang lama untuk menentukan status hidup atau mati seseorang adalah mengikut pendapat ulamah fiqh dan qaedah Islam. Maka pihak berwajib janganlah bersifat terburu-buru untuk mengisytiharkan kematian penumpang pesawat MH370 tersebut dalam keadaan jenazahnya pun belum dijumpai lagi atau sekurang-kurangnya tunggu sehingga 4 tahun.
Wallahu a'lam



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : , ,

Muhasabah diri - MH370

Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:
  1. Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.Insaflah yang kita sedang diuji Allah.
  2. Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.
  3. Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.
  4. ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.
  5. Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.
  6. Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.
  7. Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.
  8. Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

HADIAH TERBAIK

Hadiah tidak semestinya sesuatu yg berupakan wang ringgit atau harta benda. Byk cara utk kita menghadiahkan sesuatu kpd org tersayang tanpa perlu membelanjakan wang:
  • Hadiah terbaik utk seorang sahabat adalah doa.
  • Hadiah terbaik utk seorang musuh adalah kemaafan
  • Hadiah terbaik utk seorang guru adalah kejayaan
  • Hadiah terbaik utk murid adalah tauladan
  • Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
  • Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah al-Fatihah
  • Hadiah terbaik utk ibu bapa adalah kebaktian
  • Hadiah terbaik utk isteri adalah penghargaan
  • Hadiah terbaik utk suami adalah kesetiaan
  • Hadiah terbaik utk anak adalah pendidikan
  • Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah kejujuran
  • Hadiah terbaik utk org yg tak dikenali adalah senyuman
  • Hadiah terbaik utk Rasulullah adalah selawat
  • Hadiah terbaik utk Allah SWT adalah ketaqwaan
Sentiasalah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kpd insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk hari esok.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : , ,

SANTAPAN ROHANI - LOBAK MERAH, TELUR atau BIJI KOPI ?

Jamil datang ke rumah Ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.
Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, 

“Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

“Jamil, apa yang enta nampak?”

“Lobak merah, telur dan kopi,” jawab Jamil.

Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk menyentuh lobak merah tersebut. Jamil terasa lembut. Kemudian Ustaz Ibrahim menyuruh Jamil untuk memecahkan telur tersebut. Selepas mengupas kulitnya, Jamil dapat satu telur masak penuh. Kemudian, Ustaz Jamil menyuruh Jamil mencuba air kopi di periuk ketiga. Jamil berasa rasanya penuh aroma kopi.

“Ustaz, apa maksud semua ini?” Jamil bertanya.

“Setiap benda ini (lobak merah, telur dan biji kopi) telah melalui kesusahan yang sama, iaitu air mendidih. Tapi setiap satunya memberikan reaksi berlainan.

Lobak merah masuk dalam keadaan keras, kuat dan kasar. Akan tetapi setelah melalui ujian air mendidih ia keluar lembik dan lemah.

Telur masuk dalam keadaan rapuh dan mudah pecah. Dalam cecair yang hanya dilindungi satu kulit yang nipis… akan tetapi setelah melalui ujian air didih, ia bertukar menjadi keras.

Bagi bijih kopi pula… ini lebih menarik. Semasa mereka dalam air mendidih, mereka menukar seluruh air mendidih kepada air kopi yang wangi aroma seperti yang diminum Jamil tadi,” terang Ustaz Ibrahim sambil tersenyum.

Mata Jamil seolah-olah terpukau dengan penjelasan Ustaz Ibrahim.

“Jadi, Jamil adalah yang mana satu? Bila kesusahan melanda, bagaimana Jamil menghadapinya? Lobak merah, telur ataupun biji kopi?” tanya Ustaz Ibrahim kepada Jamil yang tersentak dengan persoalan itu.

Wahai anakku,
Semasa ujian Allah datang mengetuk pintu kamu, bagaimana engkau harus menghadapinya?
Adakah kamu seperti lobak merah yang nampak kuat, tapi dengan sedikit ujian dan kesusahan, kamu bertukar menjadi lembik dan hilang segala kekuatan?

Ataupun kamu seperti telur dengan hati yang bagaikan cecair yang mudah dipengaruhi haba dan setelah melalui musibah, luaran kamu nampak tidak berubah, akan tetapi hati kamu dah bertukar menjadi keras, tidak gembira dan tidak beransur.

Ataupun kamu ialah biji kopi, makin didih, kamu mampu mengubah keadaan situasi kamu sehingga keadaan itu mengeluarkan bau aroma yang menakjubkan.

Jadi siapakah kamu, wahai anak kesayanganku?

Ingat, Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya. Apabila menghadapi kesusahan, ingatlah Allah sedang menguji kamu, dan aku berharap kamu bertindak seperti biji kopi, bertambah baik dan mengubah keadaan sekeliling kepada situasi positif.

Waktu yang paling sukar adalah masa terbaik untuk meningkatkan diri ke tahap yang lain.



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

6 cara untuk mendapat pahala setelah mati

6 cara untuk mendapat pahala setelah mati :

  1. Beli Al -Quran dan hadiahkan kepada seseorang,  setiap kali dia membacanya, kamu akan menerima pahala.
  2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali org sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
  3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
  4. Meletak watercooler di tempat awam.
  5. Menanam pokok.

Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia atau pun binatang berteduh dibawahnya atau makan darinya.      
   
Nota : Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kepada semua,  sekiranya ada org yang mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akan mendapat pahala...in sya Allah.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : , ,

Waspada Apabila Usia Melebihi 40 Tahun

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
(al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah:

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
(al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” 
(riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting?


Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

  1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
  2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
  3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
  4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

“Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota 
keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi.
 (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?

  1. Meneguhkan tujuan hidup
  2. Meningkatkan daya spiritual
  3. Menjadikan uban sebagai peringatan
  4. Memperbanyak bersyukur
  5. Menjaga makan dan tidur
  6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,

” Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati”.

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.


Tag : , ,

4 jenis org yg tidak merasa bahagia

Ada 4 jenis org yg tidak merasa bahagia
  1. Org yg bakhil iaitu apabila disebut nama nabi S.a.w dia tidak berselawat kpd baginda.
  2. Org yg tidak menjawab seruan muazzin
  3. Org yg tidak membantu dlm perkara kebaikan
  4. Orang yg tidak berdoa kpd dirinya dan org beriman selepas solat.
Tiada kejayaan selain drpd ambil agama utk kehidupan seharian.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Tafsir Surah Sod (Ayat 71-72) - Kekuatan Sebenar Manusia



Kalau ditanya kepada kanak-kanak, apakah yang dimaksudkan dengan negara maju?

Kanak-kanak Malaysia hari ini mungkin dengan riangnya menjawap,

"Ada bangunan tinggi-tinggi, ada train macam LRT, kereta semua lawa-lawa, guna handset touch scrin, tablet dan lain-lain."

Adik besar nanti nak jadi apa?

"Doktor. Engineer. Arkitek. Artis."

Sebab apa?

"Nanti banyak duit. Baru best."

Tapi berbeza dengan suatu zaman di Madinah dulu.

Bilamana seorang ulamak terkenal bergelar Imam Ahmad, berjalan di sebelah sebatang pokok. Tiba-tiba dia mendapati ada beberapa orang budak sedang bergayut, bermain di atas pokok itu. Imam Ahmad terus menegur,

"Hai anak-anak, jangan bermain di atas, nanti jatuh. Cedera."

Dengan riangnya mereka berkata,

"Kalau kami jatuh, kami saja yang cedera. Tapi kalau Tuan Sheikh jatuh, seluruh umat akan cedera."

Umur yang sama, tapi manteliti yang jauh berbeza.

..........................................................

Ayat 71 dan 72 Surah Sood ini, nak ceritakan kepada kita sebuah peristiwa yang besar dan agung.

Walaupun diyakini ramai yang sudah tahu, hafal dan hadam. Tapi ramai yang 'miss' hakikat agung dalam cerita ini.

Simple saja.

Adam dibuat dari tanah. Dan apabila dah lengkap ciptaan, Allah tiupkan Roh lalu para malaikat pun terus bersujud kepada Adam.Ayat ini nak membawa sebuah hakikat bahawa, Adam bila sempurna anggota jasadnya dibentuk daripada tanah, dia tidak membawa apa-apa makna dan harga.

Tapi..

Setelah Allah tiupkan Roh (yg tersimpan di sisi-Nya) ke dalam jasad itu, barulah para malaikat di langit terus bersungkur sujud kepada Adam, sebagai tanda hormat.

Jadi kedua ayat ini menjadi bukti bahawa, elemen ROH itulah yang menjadi punca seluruh malaikat sujud kepada Adam.Di situlah terletaknya kemuliaan manusia.

Yaitu "ROHnya"

Jadi kalau kita pandang manusia, jangan kita pandang sepertimana iblis memandang manusia. Iblis kata apa?

"Err, tanah. Jijik. Hina."

Dia fokuskan pada tanah, hina.

Tapi, pandanglah kita bilamana dimasukkan ROH yang tersimpan di sisi Allah yang mulia, semua Malaikat di langit tunduk, hormat pada kita manusia.Jadi hebat manusia adalah pada aspek Roh dalam badannya. Di situlah tempat pembangunan diri manusia yang asli.

Walaupun manusia terbahagi dengan 3 fakulti. Roh, akal dan jasad. Tapi ketiga-tiga fakulti itu tidak sama kekuatannya.Ayat ini bukti yang paling jelas bahawa Allah lebihkan pada bahagian ROH. Kekuatan roh inilah yang perlu kita bangunkan dan pelihara kesuciannya.

Tapi, bila mana melihat keliling kita hari ini. Suasana seolah-seolah mendidik kita, bahawa elemen roh itu tidak ada.Semua orang fokus pada jasad dan akal saja. Buktinya kita pun boleh lihat sendiri iklan-iklan di tv, di internet, majalah dan suasana masyarakat.

Masing-masing nak luruskan rambut, cerahkan muka, bau badan wangi, pakain 'branded', style, fesyen itu ini. Gajet saja cecah ribuan. Remaja-remaja sibuk belajar, sana sini, tusyen dua tiga tempat, untuk ditumpahkan dalam dewan periksa semata. Berputar situlah rutin harian hidup kita.Kita hidup di zaman di mana manusia sanggup buat apa saja demi nampak hebat pada mata orang. 

Hidup terpenjara pada "apa orang kata".

Habis semua benda buat untuk tunjuk pada orang. Na'udzubillah.

Kita hebat dari sudut 'form', tidak dari sudut 'substance'.

Bilakah kita serius meneliti hati dan rohani kita bagaimana?

Sedangkan mulianya kita, sehingga seluruh malaikat yang infinity itu tunduk hormat pada kita sebab Roh yang Allah beri istimewa dari sisiNya.

Kita sibuk menghias badan, sibuk mengurus akal, sedangkan hati kita sedang demam, sedang koma, kita tak sedar.

Umpama kita beli buah, kita nilai pada kulit luarnya saja, tak ambil peduli dalamnya buruk ke, masam ke.
Quran jarang baca, solat tinggal, solat jemaah tak minat, masjid jauhi, majlis ilmu tak pergi.

Yang ramainya di mana?

Pasar, supermaket, shopping mall, stadium, pusat hiburan.

Justeru, ulama' tafsir menyebut,

"Siapa yang mengabaikan aspek Rohi dalam hidupnya, beerti hinalah dia seperti tanah yang iblis sebut pada awalnya. "

Tafsiran yang lainnya adalah,

"Orang yang mengabaikan aspek rohi ini beerti dia setuju dengan pengiktirafan iblis bahawa manusia itu daripada tanah dan hina. Justeru iblis berminat pada dirinya dan menemaninya sepanjang kehidupan."

"Bagi orang yang sibuk membangunkan roh dan jiwanya, malaikat seluruh alam akan hormat kepadanya dan bersama menemani menjaganya sepanjang hidupnya."

Jadi marilah kita jelous dengan rohani seseorang, yaitu imannya. Hubungannya dengan Allah. Manis dalam ibadah. Bukan jelous dengan pakaian orang, dengan wajah orang, atau harta seseorang. Itu semua tak bermakna di sisi Allah. Sikit pun Allah tak pandang. Tapi apabila kita balik bertemu dengan Allah kelak, yang nak selamatkan kita bahagia selama-lamanya adalah 'Qalbun Saleem'. Ya'ni rohani atau dalaman jiwanya yang bersih, terpelihara dan sihat.

Siapa dalam kalangan kita yang tidak kenal Bilal Bin Rabah r.a, seorang hamba abdi berkulit hitam, kepala botak dan tebal bibirnya.

Tapi Rasulallah pernah memanggilnya dan berkata,

"Wahai Bilal, aku mendengar bunyi tapak kaki kamu dalam syurga."

Subhanallah.

Bilal sebelum Islam seorang hamba dipandang hina, tapi setelah Islam dibina rohaninya sehingga dia wafat sebagai seorang Gabenor di Syria.

Marilah kita jadikan pembangunan Roh ini, satu agenda besar dalam hidup.
Dengan itu kita akan terus mulia,terpelihara dan menjadi manusia yang sebenar insyaAllah.

WA


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Kelas pengajian berkitab - masjid Kajang 2014

HEBAHAN / MAKLUMAN
KELAS PENGAJIAN BERKITAB 2014
MASJID JAMEK PEKAN KAJANG

1. Kelas Taranum Al-Quran

Ustaz Karim bin Kechik
Masa : Ahad minggu 1 dan 4 (9.00-10.30am)

2. Kelas Asas Bahasa Arab

Ustaz Saupi Azran bin Tamjis
Masa : Ahad minggu 2 dan 3 (9.00-10.30am)

3. Kelas iqra'/Al-Quran Muslimat

Ustazah Zaiton binti Ahmad
Masa : Ahad minggu 2 dan 4 (8.00-9.00am)

4. Kelas Asas ilmu Tajwid

Ustaz Mohd Khairul Izuan bin Mohd Radzi
Masa : Ahad minggu 1 dan 3 (7.30-9.00am)

5. Kelas Fekah(Undang2 Jenayah islam)

Ustaz Mohd Rafizal bin Zulkifli Al-Yamani
Masa : Sabtu minggu 2 dan 4 (8.00-9.30am)

6. Kelas Talaqqi Al-Quran Kanak-Kanak

Ustaz Mohd Rizal bin Razali
Masa : Sabtu minggu 1 dan 3 (8.00-9.30am)

P/S : Kelas 1&2 telah bermula. Kelas 3,4,5&6 akan bermula April ini. Pendaftaran adalah terhad. Yuran bulanan rm30 bagi setiap kelas.

Untuk pendaftaran :
Call/sms/wasap
019-2395501
Imam Muhaimin
Lajnah Pendidikan MJPK
TOLONG SEBARKAN!


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Kata Kata bermotivasi islamik

  • Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.
  • Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.
  • Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.
  • Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.
  • Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.
  • Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!
  • Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.
  • Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "
  • Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.
  • Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

Tanda Tanda kita semakin jauh dengan Ilahi

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:      
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta
  • Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa..       
Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan 

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah : - 
  • tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia
  • Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT
  • Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta besar.
  • Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita?
  • Kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita?
  • Kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat?
Kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...
  • Tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.Apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..
Setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh,yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.
  • Sesungguhnya mati itu benar.
  • Alam kubur itu benar
  • Hisab itu benar 
  • Mahsyar Allah itu benar
  • Syurga dan neraka itu benar...          
Jom kita kongsikan tazkirah rengkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat, In syaa Allah. Renung2kan dan selamat beramal. Muhasabah.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : , ,

Jawapan kepada keluhan hati didalam AlQuran

Ketika kita mengeluh:

“eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:
(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)

Ketika kita mengeluh:

“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan”(Al Baqarah : 286)

Ketika kita mengeluh : 

“Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang”(Ar Ra'd : 28)

Ketika kita mengeluh:

“Apa yg aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yg mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”(Al Zalzalah : 7)

Ketika kita mengeluh:

“ tak dak sorang pun yg nak tolong aku..."

ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan”(Al Ghafir : 60)

Ketika kita mengeluh :

“ Aku sedihh sangat...”

ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Jgnlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita "(At Taubah : 40)

Jgn byk mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dgn penuh ketaqwaan...
Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Jawapan kepada pertanyaan jika kamu diuji didalam Al Quran

Kenapa Aku Diuji.?

Surat Al-Ankabut: 2-3:


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


Surah Al-Baqarah ayat 216:



Surah Al-Baqarah ayat 286:


BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN?

Surah Al-Imran ayat 139:


SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI…!!!!!



Surah Yusuf ayat 87:

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP?


Surah Ali-Imran ayat 200 

Bagaimana meminta pertolonganNya?


Surah Al-Baqarah ayat 45-46:


SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU?


Surah Ali-Imran: 173:


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


Surah At-Taubah ayat 129:



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

7 sunnah hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. 
Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. 
Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.


By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Quote kata kata ustaz

Ustaz Azhar Idrus

  • Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.

Ustaz Kazim Elias


  • Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.

Ustaz Don Daniyal


  • Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."


Datuk Ismail Kamus


  • Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.


Ustaz haslin baharin


  • Kalau kita sakit jgn takut utk solat , atleast kalau mati , mati dalam solat


Al-Habib Ali Zainal


  • Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”


TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki


  • Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.


Sheikh Abdullah Jahaf.


  • Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"


Ustaz Dasuki Rani


  • Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.


TG Harun Din


  • Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nnt kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah


Ustaz Pahrol.


  • Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.




By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)
Tag : ,

Jadikan aku sebuah televisyen!

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak mu ridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya

'Kenapa menangis ni?'

'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.
--------------------------------------------------------

Jadikan Saya Sebuah Televisyen

"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen.

Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa berada di sekeliling saya.

Saya akan diberi perhatian serius ketika bercakap. Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti televisyen.

Ayah akan menemui saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang. Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.

Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka. Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti televisyen pada setiap masa."
-------------------------------------------------------------------------
Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata

'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'

Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.

'Abang, itu karangan anak kita!'

Kesimpulan yang dapat diperolehi :

Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh sambil main mainannya.. jgn pulak nnti anak2 kita pulak buat essei.. 'Jdikn saya sebuah Handphone'.. huhu

Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 dsekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita...



By
NOTE : – If You have Found this post Helpful, I will appreciate if you can Share it on Facebook, Twitter and Other Social Media Sites. Thanks =)

- Copyright © Koleksi Message Whatsapp - Powered by Blogger -